Profil PKG

cooltext1442675982
Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan 4 buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah untuk mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan ketika itu berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).
Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah di tempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah ‘Daerah’, memberi gambaran sebenarnya Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

cooltext1442679436

Berasaskan pekeliling KP)PP)0050/126/1jld.7(23) bertarikh 30 Oktober 1995, PKG telah diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia. Di antara Objektif penubuhannya ialah:
1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.
2. Mengumpul dan menyebar maklumat profesional pendidikan, khusnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
5. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.
cooltext1442679848
1. Membantu meningkatkan pengetahun dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.
2. Sebagai pusat penghasilan bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dibina secara kreatif dan inovatif.
3. Pengumpul dan penyebar maklumat pendidikan terkini kepada guru-guru dalam masyarakat setempat.
4. Mewujudkan situasi perkongsian bagi meningkatkan idea, pengetahuan dan kepakaran di kalangan guru-guru dalam penggunaan teknopen.
5. Memupuk budaya permuafakatan di kalangan guru-guru setempat melalui semangat berpasukan.
6. Membantu meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
7. Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
8. Sebagai pusat aktiviti profesional pendidikan bagi sekolah kelompok dan masyarakat setempat.
cooltext1442680163
PKG adalah pemangkin untuk meransang pembangunan profesional guru-guru khusnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknopen dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falsafah Pendidikan Negara.
cooltext1442680640
PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab PSPN dan BTP. Pengurusannya dikendalikan oleh seorang pegawai penyelaras PKG. BTP selaku ketua aktiviti menyalurkan peruntukan tahunan PKG melalui PSPN iaitu PusatTanggungjawab (PTJ).Kecemerlangan pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang tinggi daripada Jawatankuasa Kerja dengan konsep kerja berpasukan dan rasa kesepunyaan terhadap PKG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s