SOAL SELIDIK PROGRAM BIMBINGAN DAN KHIDMAT BANTU BAGI PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DAN PERISIAN KANDUNGAN MBMMBI BAHASA MALAYSIA DAN ENGLISH LANGUAGE DI SEKOLAH TAHUN 2014

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa bahan digital dan perisian kandungan MBMMBI diedarkan kepada sekolah ahli pada Disember 2013. Bahan digital itu adalah seperti berikut:

  1. Bahasa Malaysia Tahun 5 Sinar Bahasa.
  2. Bahasa Malaysia Tahun 6 Sinar Bahasa.
  3. Pendidikan Khas Bahasa Malaysia Tahap 2.
  4. Pendidikan Khas English Language Tahap 2.
  5. English Delight English Education Courseware (Lower Secondary).
  6. Mantap Bahasa Malaysia Tahap Menengah Rendah – Komunikasi Bahasa 1 Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Unit Media Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan sedang mengumpul data tersebut. Tujuan soal selidik ini boleh membantu Unit Media Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan dalam mengemaskini data dan maklumat penggunaan dan seterusnya akan membantu untuk merangka serta merancang program bimbingan dan khidmat bantu bagi penggunaan bahan digital MBMMBI. Data maklumat ini perlu dihantar ke PKG Machang sebelum atau pada 18 Mac 2014 (Selasa).

Soal selidik ini melibatkan Guru Bahasa Malaysia, Guru Bahasa Inggeris dan Guru Pendidikan Khas yang mengajar Kelas Tahun 5, 6, Menengah Rendah dan Pendidikan Khas. Bersama-sama ini disertakan Borang Soal Selidik Penggunaan Bahan Digital dan Perisian Kandungan MBMMBI 2014. Tuan/Puan juga dipohon agar dapat mengisi dan melengkapkan semua maklumat soal selidik yang diperlukan secara atas talian di URL http://goo.gl/X2s40o. (…empat puloh dan huruf ‘o’) Borang soal selidik ini perlu disimpan sebagai rekod di sekolah dan hasil dapatan soal selidik ini perlulah dibincangkan di dalam Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sekolah.

Sebarang kemusykilan boleh menghubungi Pn. Hasni bt Zakaria di talian 012-7276160, En. Mohd Zaidi b. Che Harun talian 012-7337894 atau pejabat 09-9752608.

Instrumen ini perlu disikan oleh guru bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia 

BAHAN DIGITAL BAHASA MALAYSIA DAN ENGLISH LANGUAGE

Captionless Image

BAHAN PERISIAN KANDUNGAN BAHASA MALAYSIA DAN ENGLISH LANGUAGE

Captionless Image
                   Klik di sini untuk mengisi instrumen MBMMBI  10d06-icon19

                   Borang Manual New_icons_32

Aside | This entry was posted in org. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s